Friday, 8 July 2011

teerbang...

Bagai burung terbang pulang ke sangkarnya..begitulah para suami keluar bekerja pagi balik di petang hari dengan penat lelahnya mencari sesuap rezeki...terfikir aku sebagai isteri adakah telah menjalankan tanggungjawabku..semoga blog ini dapat mengisi masaku dan menjadi diari yang bermanfaat untuk orang lain juga..salam perkenalan kepada warga blog lain dan kawan-kawan alam maya..semoga ukhuwwah yang terjalin hanya kerana yang Esa..
 

Buat permulaan ini eloklah kiranya aku mengenalkan diri serba ringkas,kawan-kawan bole panggil namaku nurul,seorang suri rumah dan masih dalam status pelajar di university azhar iskandariah.Buat masa ini aku bersama suamiku di shah alam dan akan menyambung kembali pembelajaran tahun hadapan insyaallah dalam rangka menghabiskan pengajian yang tinggal satu penggal saja lagi,semoga Allah mudahkan urusanku dan memurahkan rezki aku dan suami.

Mengapa aku suka perkataan terbang??.Sebenarnya secara spontan nama terbang ini aku fikirkan...mungkin kerana aku wanita yang mempunyai sensetiviti dan emosi yang kuat maka aku memilih terbang...terbang melayang mengigati zaman kecilku..terbang memikirkan umurku yang semakin lanjut...terbang memikirkan perkahwinanku..bagaimana ia bermula dan kenangan-kenangan yang mengusik jiwa..terbang mencari memikirkan diri..muhasabah diri mencari kebenaran,bersama orang yang benar,mengamalkan perkara yang benar dan menyampaikan perkara yang benar pula insyaallah...

Semoga hidup kita ini semakin hari semakin matang ,sabar,bijak,dan mengikuti jalan yang benar dalam mengatur dan menjaga diri.Bersama kita memperbaiki diri menambah ilmu dan belajar dari kesilapan dan memperbaikinya...Bagaimana kita hendak menjadi orang yang benar dan sentiasa dilandasan yang benar?? sudah tentu dengan ILMU...tanpa ilmu kita tidak akan dapat terbang balik ke pangkal jalan...terbang kembali ke landasan yang benar...kerana ilmu itu penyuluh hidup..dan Allah juga mengurniakan kita akal dan boleh membezakan baik dan buruk..yang terbaik antara yang baik dan seterusnya...                                                                                    

Seperti Firman Allah subhana wataala:

Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (yaitu) tidak menyembah- nya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba- hamba-Ku, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal (39:17-18)

Ciri-ciri orang yang mempunyai akal adalah mereka yang mahu mendengarkan perkataan-perkataan dan mengikuti apa yang terbaik antaranya...Dalam perkara kehidupan seharian marilah kita menilai dan membangun bersama Al-quran dan sunnah..cukupkah? tidak ckup lagi...kenapa? kerana boleh saja siapa2 mengklaim dirinya mengikuti al-quran dan sunnah untuk memuaskan nafsu,seperti ajaran-ajaran sesat Al-Arqam,ayah pin,Al-mansur yang mudah lagi hendak dicam..Adapun selain dari itu jemaah jemaah yang mengaku mengikut al-quran dan sunnah boleh saja mereka ini terkeliru dan mengelirukan orang lain juga..kenapa pula? hanya kerna mereka memahami al-quran dan sunnah mengikut akal masing2 dan ini satu kesesatan yang nyata..lalu BAGAIMANA?? 


Jalan yang mudah dan selamat adalah dengan mengikuti penerangan para salafus soleh,kerana mereka inilah yang lebih dulu mengenal islam, lebih dekat, dan al-quran dan sunnah pula diturunkan pada masa mereka ini masih bersama Rasulullah s.a.w dan disampaikan kepada tabien tabi' tabien dan seterusnya sehingga ke hari ni..seperti firman Allah subahana wataala: "golongan terdahulu yang terawal (memeluk islam) dari kalangan Muhajirin dan Ansar serta orang yang mengikuti mereka dengan baik,Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah,dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di dalamnya,mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.itulah kemenangan yang besar"At-Taubah ayat 100

kata Nabi:  "sebaik-baik umatku ialah kurunku,kemudian kurun selepas mereka,kemudian kurun selepas mereka..." Riwayat Bukhari


Oleh itu cara ini saya katakan mudah,apakan tidak,tidak perlu menggunakan akal fikiran menafsir sesuka hati yang mudah pulak dibolak balikkan..dan inilah yang dikatakan benar..mengikut landasan al-quran dan as-sunnah dengan memahami hujjah atau huraian,penafsiran,dan sejarah para salafus-soleh...wallahu a'lam..

Semoga dilain kesempatan kita dapat bersama-sama lagi berkongsi ilmu dan pengalaman insyaallah..


 

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More