luas mata memandang

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

lihatlah keindahanya..

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

pujilah penciptanya

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Subhanallah..

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Alhamdulillah ala kulli hal..

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, 12 July 2011

GOLONGAN YANG MENGIKUT MUTASYABIHAT

OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Pada zaman kita ini, telah muncul begitu ramai golongan yang menisbahkan diri mereka kepada pergerakan Islam dan mengaku memperjuangkan Islam tetapi mereka mengikut methode yang dilarang syarak dalam beragama. Mereka mengikut ayat-ayat mutasyabihat dan meninggalkan ayat-ayat yang muhkamat dalam al-Qur’an kemudian melakukan takwilan yang tidak diberi kemafaan kepada pelakunya.

Allah s.w.t melarang kita mengikut mutasyabihat dalam firman-Nya ayat ke-7 surah Ali Imran:

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلا أُولُو الأَلْبَابِ

Maksudnya: “Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada Dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang Yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:” Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran”.

Nabi s.a.w bersabda dalam mentafsirkan ayat ini:

إِذَا رَايْتُمُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ، فَاُولَئِكَ الَّذِينَ سَمَّى اللَّه ، فَاحْذَرُوهُمْ

Maksudnya: “Apabila kamu melihat kaum yang mengikut apa yang samar-samar daripadanya maka merekalah yang Allah nyatakan dalam ayat ini, jauhilah mereka”. [al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah, Ahmad].

Apakah Makna Mutasyabih dan Muhkamat?

Muhkamat adalah ayat-ayat yang jelas maknanya, yang tidak membawa wajah yang banyak adapun mutasyabihat adalah yang tidak jelas maknanya dan mempunyai wajah makna yang pelbagai.

Termasuk juga dalam kategori muhkam adalah ayat-ayat nasikh dan dalam kategori mutasyabihat ayat-ayat mansukh. Ayat muhkamat tidak boleh menerima takwil seperti firman Allah s.w.t:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

Maksudnya: “Dialah al-Rahman (Yang Maha Mengasihani); bersemayam di atas Arasyh” [Taha:5]

Tidak warid dalam al-Qur’an dan hadis perkataan al-Arsy melainkan dengan makna singgahsana dan tidak ada dalam al-Qur’an dan hadis perkataan istiwa’ melainkan maknanya adalah ‘Ala wa irtafa’a (meninggi) atau istaqarra (menetap) maka maknanya jelas. Adapun kaifitanya bukanlah bidang perbincangan tafsir.

Misal mutaysabihat seperti firman Allah s.w.t:

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ
Maksudnya: “dan wanita-wanita yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (beriddah) tiga kali quru’..” [al-Baqarah: 228]

Kalimah quru’ dalam bahawa membawa makna sama ada suci atau haid kerana terdapatnya riwayat-riwayat para sahabat yang mentafsirkan dengan kedua-dua makna ini.

Demikian juga apabila terdapat dua ayat yang bertentangan sehingga tidak boleh menggabungkannya daripada segi hukum atau makna dan salah satu daripadanya turun dahulu dan satu lagi terkemudian, maka ayat yang terdahulu itu menjadi ayat mansuk (dihapuskan hukumnya) dan yang terkemudian menjadi nasikh(yang memansukhkan) yang perlu diikut.

Misal nasikh dan mansukh adalah firman Allah s.w.t :

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ

Maksudnya: “Tidak ada paksaan dalam beragama (memeluk Islam)…” [al-Baqarah: 256]

Ayat ini telah dimansukhkan hukumnya dengan ayat Qital yakni surah al-Taubah yang memerintahkan memerangi kaum musyrik sehingga mereka memeluk Islam atau membayar jizyah. Termasuk juga makna muhkamat adalah ayat yang berdiri sendiri dan tidak memerlukan ayat lain mentafsirkannya manakala ayat mutasyabihat pula adalah ayat-ayat yang memerlukan pemahaman kolektif untuk memahami maksudnya.

Contoh Mereka yang Mengikut Mutasyabihat:

Golongan Nasrani: Golongan Nasrani menimbulkan syubhat berkenaan keesaan Allah s.w.t melalui kalimah ‘Kami’ yang sering Allah s.w.t gunakan dalam siyaq mutakallim(zat yang berbicara) seperti :

نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ إِذْ يَقُولُ أَمْثَلُهُمْ طَرِيقَةً إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا يَوْمًا

Maksudnya: “(Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: “Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat”. [Taha: 104]

Mereka menimbulkan syubhat bahawa penggunaan ‘Kami’ oleh Allah menunjukkan triniti. Ini adalah salah kerana ‘Kami’ digunakan oleh Arab sama ada untuk ramai atau untuk takzim (membesarkan diri). Mereka meninggalkan ayat Allah s.w.t yang jelas dalam urusan Tauhid seperti firman-Nya:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
Maksudnya: “Katakanlah: Dia lah Allah yang Maha Esa” [al-Ikhlas: 1]

Demikian juga mereka menggunakan ayat :

إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ

Maksudnya: “Sesungguhnya al-Masih Isa anak lelaki Maryam itu adalah Rasulullah dan kalimah-Nya yang dilontarkan kepada Maryam..” [al-Nisaa: 171]

Mereka berdalilkan bahawa Isa a.s adalah kalimah Allah dan kalimah Allah bukan makhluk maka Isa a.s bukan makhluk namun mereka mengabaikan ayat yang muhkam iaitu dalam ayat tersebut juga Allah menisbahkan Isa a.s sebagai anak Maryam dan kalimah itu dilontar kepada Maryam yang menunjukkan berlakunya proses penciptaan. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah Yasin ayat 82:

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. maka ia terus menjadi”.

Mereka juga mengabaikan ayat muhkam yang hanya sambungan kepada ayat 171 surah al-Nisaa di atas:

فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَهٌ وَاحِدٌ سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ

Maksudnya: “maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha suci Allah daripada mempunyai anak…”

Mereka menggunakan ayat-ayat mutasyabihat dan cuba mengalih perhatian daripada ayat-ayat muhkamat untuk menimbulkan syak dalam diri seorang muslim terhadap akidah Islam.

Golongan Yahudi: Yahudi menggunakan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 122:

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ

Maksudnya: “Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya).”

Untuk menunjukkan bahawa mereka adalah Bangsa Allah yang Terpilih dan mereka berhak memerintah bumi ini sesuka hati mereka. Mereka lupa bahawa Allah s.w.t berfirman juga:

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.”

Jika kita lihat pada tempat bergaris jelas bahawa mereka yang berlaku zalim, menyeleweng dan enggan beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w tidak lah menjadi bangsa yang diutamakan Allah s.w.t. Allah mengangkat darjat mereka kerana mereka beriman kepada Allah s.w.t dan menjalankan perintah-Nya, namun apabila mereka berlaku zalim dengan memusuhi Rasulullah s.a.w dan enggan beriman kepadanya, maka keistimewaan ini hilang.

Demikian juga keutamaan yang diberi kepada mereka ketika itu adalah kerana Nabi dan Rasul berada dalam kalangan mereka, apabila Nubuwah dan Risalah berpindah kepada Muhammad s.a.w, maka keutamaan itu Allah s.w.t telah pindahkan kepada umat baginda sebagaimana firman Allah s.w.t:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Maksudnya: “kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)…”[Ali Imran, 110].

Ayat ini muhkam menjelaskan keutamaan telah berpindah kepada Umat Muhammad s.a.w jadi jika mereka hendak terus menjadi bangsa yang utama hendaklah mereka mengikut ajaran Islam yang dibawa Muhammad s.a.w.

Golongan Khawarij: Khawarij adalah antara fahaman Islam yang menyeleweng yang pertama muncul dan antara pertama mengikut ayat mutasyabihat dalam kalangan umat Ijabah (Umat Islam). Mereka menggunakan firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 44:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu adalah golongan kafir”.

Berdasarkan ayat ini mereka mengkafirkan semua pelaku dosa besar daripada umat Islam dan meninggalkan ayat 45 surah al-Maidah:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adalpah golongan yang zalim”.

Dan ayat 47 Surah al-Maidah:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka adalah orang yang fasiq”.

Ayat-ayat ini menunjukkan bahawa tidak semua gpolongan yang melanggar hukum Allah s.w.t itu kafir, bahkan ada antara mereka dihukum zalim dan fasiq sahaja.

Golongan Jahmiyah: Golongan Jahmiyah Ghulah seperti Jaham bin Safwan menolak adanya sifat bagi Allah s.w.t sama sekali kerana mengikut hawa nafsu, kemudian datang pula Jahmiyah Muktadilah (pertengahan) seperti Muktazilah menafikan adanya sifat bagi Allah s.w.t dengan takwil. Punca mereka bertindak begini adalah kerana mengikut sebahagian al-Qur’an dan membuang sebahagian yang lain. Telah kita jelaskan bahawa ayat mutasyabihat merangkumi ayat yang perlu difahami secara kolektif tidak boleh cukup sekadar dengan ayat itu sendiri.

Jahmiyah menggunakan firman Allah s.w.t:

قَالَ لَنْ تَرَانِي

Maksudnya: “Allah berfirman: “engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu…” [al-A'raf : 143]

Untuk menunjukkan Allah s.w.t tidak akan dapat dilihat sama ada di dunia ataui akhirat. Mereka lupa sambungan ayat ini:

وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي

Maksudnya: “akan tetapi lihatlah kepada gunung itu, jika dia kekal di tempatnya maka kamu akan melihat-Ku..”

Maka, kegagalan Musa a.s untuk melihat Allah s.w.t bukanlah kerana Allah s.w.t tidak dapat dilihat tetapi kerana faktor-faktor kemanusiaan dan keadaan alam dunia yang menghalang Musa a.s. Apabila kita berada di akhirat, berada dalam syurga, maka keadaan berbeza dan faktor penghalang telah tiada maka secara naqli dan aqli jelas bahawa Allah s.w.t boleh dilihat. Andainya Muktazilah mahu meneruskan membaca al-Qur’an sehingga habis tentu mereka tidak akan tersesat begitu jauh.

Golongan Harakiah[1]: Harakiah atau Hizbiah merupakan golongan yang paling banyak menggunakan ayat dan hadis mutasyabihat pada zaman kita ini. Antara conthnya mereka menggunakan ayat berikut:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya: ” Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” [al-Mumtahinah: 8].

Untuk membolehkan kita bermawaddah (berkasih sayang) dan memberi wala’ (kesetiaan) kepada orang kafir seperti menjadikan mereka teman rapat dan menjalankan usaha al-Taqrib (mendekatkan) antara agama dengan tujuan membiarkan manusia dengan agama masingp-masing. Mereka tidak memahami antara perintah berlaku adil dan berbuat baik kepada orang kafir dengan larangan berwala’ dan bermawaddah dengan orang kafir. Allah s.w.t jelas melarang kita bermawaddah dan berkasih setia dengan kaum kafir dalam firman-Nya :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَوَلَّوْا قَوْمًا غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ قَدْ يَئِسُوا مِنَ الْآخِرَةِ كَمَا يَئِسَ الْكُفَّارُ مِنْ أَصْحَابِ الْقُبُورِ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur”. [al-Mumtahinah: 13].

Dan firman Allah s.w.t:

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.” [al-Mujadilah: 22].

Allah s.w.t jelas dalam dua ayat ini melarang kita berwala’ (memberikan kesetiaan dan ketaatan) kepada orang kafir secara mutlak sama ada dia memerangi kita atau tidak. Adapun Allah s.w.t tidak menghalang kita berjual beli, bermuamalat dengan kaum kafir yang tunduk kepada undang-undang Islam seperti tidak mengambil riba dan menjual barangan haram. Allah s.w.t juga membenarkan kita menegakkan hukum antara mereka dengan adil apabila mereka meminta kita menghukum atas sesuatu perselisihan antara mereka apabila mereka sanggup mengikut hukum syariat kita. Demikian juga apabila terbukti seorang muslim melakukan kejahatan terhadap seorang kafir zimmi yang tunduk pada negara Islam, maka syarak memerintahkan kita menegakkan keadilan terhadap kaum kafir yang terzalim tadi.

Adapun menjadikan mereka pemimpin umat Islam, melantik mereka menjadi menteri atau ahli Parlimen dan menyamakan mereka dengan panggilan saudara dan sebagainya (sedangkan dia tidak mempunyai pertalian darah dengan kita) maka ini dilarang dalam syarak secara mutlak.

Asal kesalahan harakiah dalam perkara ini gagal membezakan antara ‘mawaddah’(berkasih sayang) dan ‘al-birr’ (berbuat baik), al-wala’ (memberi kesetiaan) dan al-iqsat (berlaku adil).

Demikian lah beberapa contoh golongan yang mengikut mutaysabihat lalu mereka tersesat dan Allah s.w.t dan Rasul-Nya telah melarang kita mengikut jejak langkah mereka. Semoga kita dimasukkan dalam golongan yang kuat ilmu dan iman kepada Allah s.w.t. Amin.



[1] Maksud Harakiah adalah parti-parti politik Islam terutama Harakat Ikhwan al-Muslimun yang menjadikan politik matlamat dakwah mereka.

Monday, 11 July 2011

APA KATA IBN BAZ R.H BERKENAAN KERAJAAN ARAB SAUDI?


Kerajaan Arab Saudi yang memerintah kebanyakan Hijaz termasuk Mekah dan Madinah sering mendapat kecaman dan kutukan daripada mereka yang dengki terutama musuh-musuh Dakwah Salafiah dan apabila ada pihak-pihak yang cuba membela kerajaan yang banyak berjasa ini, maka golongan ini tanpa teragak-agak akan melontar tuduhan ‘Pengampu’, ‘Penjilat Pemerintah’, dan sebagainya kepada mereka.
Bahkan jika ada Ulama yang membela kerajaan ini, para Ulama ini juga tidak akan terlepas daripada tuduhan keji kaum ini terutama Syeikhul Islam Ibn Baz r.h, beliau dituduh sebagai pengampu kerajaan Arab Saudi kerana beliau menjadi mufti kerajaan ini.
Maka di sini kami bawakan kenyataan Syeikh Ibn Baz r.h sendiri berkenaan kerajaan ini yang menunjukkan bahawa Syeikh adalah seorang yang insaf bukanlah pelampau sama ada dalam mengampu mahupun mengkritik.
TEKS UCAPAN IBN BAZ R.H:
وهذه الدولة السعودية دولة مباركة نصر الله بها الحق , ونصر بها الدين , وجمع بها الكلمة , وقضى بها على أسباب الفساد وأمن الله بها البلاد , وحصل بها من النعم العظيمة ما لا يحصيه إلا الله , وليست معصومة , وليست كاملة , كل فيه نقص فالواجب التعاون معها على إكمال النقص , وعلى إزالة النقص , وعلى سد الخلل بالتناصح والتواصي بالحق والمكاتبة الصالحة , والزيارة الصالحة , لا بنشر الشر والكذب , ولا بنقل ما يقال من الباطل ; بل يجب على من أراد الحق أن يبين الحق ويدعو إليه , وأن يسعى في إزالة النقص بالطرق السليمة وبالطرق الطيبة وبالتناصح والتواصي بالحق هكذا كان طريق المؤمنين وهكذا حكم الإسلام , وهكذا طريق من يريد الخير لهذه الأمة , أن يبين الخير والحق وأن يدعو إليه , وأن يتعاون مع ولاة الأمور في إزالة النقص , وإزالة الخلل , هكذا أوصى الله جل وعلا بقوله سبحانه : { وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ }
TERJEMAHAN:
“dan Negara Saudiah ini adalah negara yang diberkati, Allah telah membantu dengannya kebenaran, membantu dengannya agamaNya, menghimpun dengannya Kalimah, menghapuskan dengannya sebab-sebab kekecohan dan huru-hara, mengamankan dengannya negara, dan telah berhasil melaluinya nikmat yang tidak dapat dihitung melainkan Allah jua.
Namun, kerajaan ini tidaklah maksum (terpelihara daripada kesalahan), tidak sempurna, semuanya ada padanya kekurangan, maka yang wajib adalah bekerjasama dengannya di samping menyempurnakan kekurangan dan membuang kekurangan yang ada, demikian juga menutup keaiban yang ada dengan nasihat menasihati, pesan memesan dengan kebenaran, berutusan surat dengan baik dan melakukan ziarah dengan baik.
Bukan dengan menyebarkan kejahatan dan kedustaan, bukan juga dengan memindahkan cerita-cerita batil yang direka-reka, bahkan wajib atas mereka yang hendak kepada kebenaran untuk menjelaskannya dan menyeru kepadanya, berusaha menghilangkan kekurangan yang ada dengan cara yang baik dan sejahtera, dengan nasihat dan pesanan yang benar kerana inilah cara orang-orang beriman dan inilah hukum Islam serta inilah jalan orang yang berkehendak kepada kebaikan untuk umat ini iaitu hendaklah mereka menjelaskan perkara yang baik dan benar serta menyeru kepadanya bersama melakukan kerjasam dengan pemerintah untuk menghilangkan kekurangan dan keaiban yang ada, demikianlah pesanan Allah Taala dalam firman-Nya (maksudnya): “dan bekerjasama lah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, janganlah kamu bekerjasama dalam perkara dosa dan permusuhan, bertakwalah kamu kepada Allah kerana Allah itu sesungguhnya sangat dahsyat hukumanNya”. [al-Maidah: 2].
[Sumber: Majmuk Fatawa wa Maqalat Ibn Baz, 9/98].
Inilah kata-kata Insaf yang sepatutnya disedari seorang muslim, janganlah kita mudah termakan denga fitnah pihak musuh-musuh Islam kerana mereka sentiasa tidak senang duduk melihat adanya negara Islam yang masih menegakkan syiar-syiar agama Islam.
Amat tidak masuk akal jika seseorang boleh menuduh kerajaan Arab Saudi sebagai pengekor pihak barat dan kerajaan boneka barat dan orang yang mengucapkan perkataan seperti ini tidak lepas daripada dua jenis manusia:
Pertama: Si Jahil yang buta sejarah dan maklumat
Kedua: Si Jahat yang dengki dan tukang penabur fitnah.
Sejarah membuktikan kepada kita bagaimana Kerajaan Keluarga Saud diperangi oleh pihak Barat, sehingga apabila Kerajaan Usmaniah melalui Gabenornya di Mesir memerangi dan menamatkan riwayat kerajaan Saudi pertama, British tidak menunggu lama untuk menyampaikan perutusan Tahniah kepada pihak Usmaniah dan Mesir.
Sebagaimana sejarah menyaksikan, Kerajaan Saudi adalah pembekal utama bantuan dan sokongan kepada tentera Qawasim Oman yang berperang di Teluk Arab melawan penjajahan Inggeris di kawasan itu dan Portugal, maka dengan jatuhnya kerajaan Saudi di tangan Mesir dan Usmaniah, British bebas daripada ancaman Qawasim ini bahkan melakukan kerjasama dengan kerajaan Mesir yang merupakan wakil Kerajaan Usmaniah untuk memerangi pasukan Mujahidin Qawasim di Teluk. [Rujuk: ‘Ali al-Salabi, al-Daulah al-Usmaniah; ‘Awamil al-Nuhud wa Asbab al-Suqut, 2/260-261]
Kita juga perlu sedar tangan-tangan yang menyerang dan meruntuhkan kerajaan Saudi di Nejd suatu ketika dahulu semuanya adalah tangan-tangan musuh bertopengkan Islam. Misalnya Gabenor Mesir, Muhammad Ali Basha terkenal seorang yang anti-Islam dan dia lah telah menukar Mesir daripada sebuah negara Islam kepada negara Sekular dan kisah ini terlalu masyhur untuk dihikayatkan di sini. [Lihat: ‘Ali al-Salabi; 2/243 dan selepasnya].
Sultan Usmaniah, Mahmud II ketika itu, bukanlah seorang pemerintah yang baik malah baginda adalah Sultan Usmaniah yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem barat dalam pentadbiran Usmaniah di mana baginda menukar pakaian rasmi kerajaan Usmaniah kepada pakaian ala barat dan  pembaharuan (Nizam Jadid) yang baginda lakukan merupakan laluan utama kepada proses mensekularkan Turki Usmaniah. [Ali al-Salabi, 2/234, Fadlullah Jamil, m.s 135].
Sehingga hari ini, pihak barat masih lagi cuba untuk mengganggu-gugat keamana negara Arab Saudi ini dan sentiasa menuduh Saudi dengan aktiviti keganasan, jika benar kerajaan Saudi ini boneka barat dan telah mendapat reda barat, kenapa mereka masih mengganggu dan mengacau kestabilannya?
Maka bersama-samalah kita melihat negara Tauhid ini yang telah berjasa besar mempertahankan Haramain; Mekah dan Madinah daripada ancaman musuh dengan hati yang penuh sangka baik dan dada yang lapang serta insaf untuk menilai baik jasa-jasa saudara se-muslim jauh daripada pengaruh-pengaruh politik perbibadi. Wallahua’lam.

NIQAB : ANUGERAH ALLAH YANG DIZALIMI


OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Allah Taala berfirman:
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Maksudnya: “orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. dan Demi Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” [al-Baqarah: 120].
Tindakan kerajaan Kafir yang zalim lagi kejam, Perancis melarang Umat Islam wanita memakai Niqab atau penutup muka yang dikenali sebagai ‘Purdah’ merupakan realiti dan tafsiran hidup terhadap firman Allah Taala di atas. Demikianlah kaum kafir tidak pernah diam dan tidak akan berhenti menzalimi dan menghina agama Islam dan umatnya sehinggalah mereka berjaya memesongkan akidah kaum muslimin.
Saya bersegera menulis artikel ini dengan harapan mendahului salakan anjing-anjing Oreintalis yang akan menyalak tanda sokongan terhadap tindakan Sarkozy –Alaihi minallahi ma Yastahiq- ini kerana perkara ini pernah berlaku sebelum ini ketika mana pendahulu Sarkozy mengharamkan pemakaian tudung dan disambut dengan salakan sokongan oleh anjing belaan al-Azhar al-Syarif yang dipakaikan jubah Ulama.
Umat Islam hari ini mudah terkeliru dengan dakyah-dakyah barat kerana kaum kafir pada hari ini lebih maju berbanding dahulu kerana mereka bukan sahaja akan disokong oleh ahli-ahli politik penyembah demokrasi dan sekularisme bahkan anjing-anjing berserban dan berjubah yang menggelar diri mereka Ulama (sedangkan mereka Ular dalam semak).
Allah Taala telah menyamakan kaum yang menggelar diri mereka Ulama namun  menjadi penyesat umat dengan anjing yang menjulur lidah sebagaimana dalam firmanNya:
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ (175) وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (176)
Maksudnya: “dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.” [al-A’raf: 175-176].
Ayat ini menceritakan kisah Bal’am bin Ba’ir atau Bal’am bin Abir, seorang alim daripada yang mustajab doanya telah berpaling tadah daripada ajaran Rasulnya iaitu Nabi Musa a.s ketika itu dan menyokong kaum kafir yang hendak memerangi Musa a.s dan menyekat baginda dan kaum baginda memasuki Tanah Yang dijanjikan (Palestin) setelah berakhirnya tempoh sesat 40 tahun. Akhirnya dia dijadikan hina umpama anjing oleh Allah Taala, menjadi ahli neraka dan lidahnya terjulur bagaikan anjing.-Nauzubillah min zalik-.
Maka saya menyeru kepada mereka yang telah diberikan Allah Taala kemuliaan dengan kedudukan sebagai Mufti, Alim Ulama, Ahli Fatwa, dan lainnya supaya tetaplah di atas prinsip dan berpegang teguhlah dengan agama Allah Taala dalam apa jua keadaan melanda. Umat Islam dewasa ini amat memerlukan keikhlasan anda dan ketelusan lidah anda bukan putar belit dan fatwa yang berselirat dengan helah dan syubhat.
Kembali kepada isu Niqab atau Purdah, ketahuilah wahai Saudara-saudariku se-Islam, sesungguhnya memakai purdah atau niqab adalah tuntutan syariat Islam kepada seorang wanita muslimah mukminah dan para Ulama Islam tidak pernah berbeza pendapat dalam masalah ini.
Pemakaian Niqab atau Purdah bukanlah satu penghinaan atau pengurungan bahkan merupakan kemuliaan dan keistimewaan yang Allah Taala anugerahkan kepada para wanita. Saya tidak akan mendatangkan logik yang susah atau qias mantik yang panjing, cukuplah jika saudara dan saudari sekalian perhatikan buah-buahan yang sedang mekar masak, lazat dipandang dan menarik perhatian burung dan haiwan lain memakannya, apakah yang akan dibuat oleh tuan kebun yang memeiliki buah itu?
Jawapan yang pantas tuan-tuan dan puan-puan, tentu sekali akan dibalutnya, dibungkus dengan rapi. Demikian juga apabila tuan-tuan dan puan-puan mengeluarkan wang daripada ATM, wang yang menarik mata pencuri dan perompak, apakah tindakan pantas yang akan dilakukan? Wah, bagus anda semua, jawapan yang tepat: Kita simpan cepat-cepat dalam dompet atau beg galas, kita tutup wang tersebut jangan sampai dilihat orang lain.
Nah, sekarang, apakah dengan membalut buah tadi atau menyimpan wang dalam dompet kita tidak sayang kepada buah atau wang tadi? Kita hendak merendah-rendahkan nilai buah dan wang tadi? Sungguh sama sekali tidak, bahkan kita menyembunyikan keduanya kerana keduanya sangat berharga pada kita sehingga kita tidak sanggup orang lain melihatnya dan mencederakannya.
Demikianlah pandangan Islam terhadap wanita, mereka adalah maruah, mereka adalah pembentuk generasi mendatang, dan tunjang keluarga yang setiap lelaki yang berjaya tidak dapat tidak berdiri di belakangnya seorang wanita yang hebat. Maka Islam memerintahkan mereka menutup tubuh mereka, terutama wajah yang menjadi himpunan kecantikan wanita yang sentiasa menarik perhatian burung-burung bernama lelaki untuk mematuknya.
Semua manusia sama ada muslim, nasrani, yahudi, hindu dan lainnya mengakui lelaki yang paling hebat dan berpengaruh di dunia ini adalah Muhammad bin Abdullah s.a.w. Tahukah tuan-tuan dan puan-puan, semua isteri-isteri baginda yang menyokong baginda sepanjang perjuangan baginda adalah semuanya wanita berpurdah? Demikian juga anak-anak gadis baginda dan isteri-isteri para Sahabat baginda yang merupakan pembantu setia dalam perjuangan adalah mereka yang berpurdah.
Maka dakwaan liar si anjing Sarkozy dan mereka yang menyalak bersamanya adalah dakwaan batil bahawa Purdah adalah penghinaan dan menyekat kebebasan. Dakwaan anjing-anjing kafir ini berlawanan dengan akal yang sejahtera dan realiti yang nyata. Lihatlah wanita-wanita kafir yang berjalan mededahkan tubuh dan wajah, mereka semua tidak terlepas menjadi tatapan nafsu sang lelaki sama ada kita perasan atau tidak.
Demikian juga wanita-wanita muslimah yang terperangkang dalam jerangkap samar Iblis ini, semuanya menjadi korban nafsu dan syahwat dan jika tidak paling kurang akan menjadi santapan neraka di akhirat nanti, nauzubillah min zalik.
Sabda Nabi s.a.w:
المرأةُ عورة ، فَإِذا خَرَجَتْ اسْتَشْرَفَهَا الشيطانُ
Maksudnya: “Wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar (dari rumah) maka syaitan akan menghiasanya”. [al-Tarmizi dan Ibn Khuzaimah, hadis Hasan Gharib].
Ini adalah hakikat yang diberitakan oleh Rasulullah s.a.w yang diterima daripada Allah Taala dan perlu diingat Allah Taala adalah pencipta Alam ini termasuklah lelaki dan wanita. Maka Dia Maha Mengetahui apakah jenis pakaian yang perlu dipakai oleh lelaki dan apakah pula jenis pakaian yang perlu dipakai oleh wanita.
Alangkah malang makhluk yang bernama manusia, apabila Allah memberinya nafas dia ambil, Allah berinya makanan dia makan, diberi minuman dia minum, namun apabila Allah Taala memberinya pakaian yang memang sesuai dengan kejadian yang Allah ciptakan dia, dia menolak dan mendakwa dia lebih tahu mana yang sesuai.
Islam apabila membezakan sesuatu hukum antara lelaki dan wanita bukanlah kerana Islam memandang wanita itu hina atau makhluk yang rendah darjatnya namun Islam memandang daripada sudut kejadian masing-masing yang telah Allah Taala ciptakan. Firman Allah Taala:
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Maksudnya: “kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” [al-Nisaa: 34]
Ayat ini menjelaskan bahawa Allah Taala telah menciptakan lelaki dengan beberapa kelebihan berbanding wanita demikian juga wanita diciptakan tidak sama dengan lelaki, dan lelaki itu diberi tanggungjawab berbeza dengan wanita maka setiap hukum yang berbeza antara lelaki dan wanita bukanlah kerana Islam hendak merendahkan wanita tetapi dalam rangka berlaku adil terhadap masing-masing jantina.
Firman Allah Taala:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: “ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…” [al-Baqarah: 286].
Oleh itu, janganlah cepat kita menuduh Islam agama yang suci murni ini dengan tohmahan dan fitnah yang tidak berasaskan sedangkan kita sendiri tidak memahami perkara yang kita tohmah dan fitnah itu. Amat buruklah mereka yang menerima dan menggunakan nikmat Allah kemudian menolak perintah dan larangNya.
Kaum Muslimin, muslimat dan bangsa manusia sekalian, Islam mensyariatkan dan memerintahkan wanita-wanitanya menutup wajah mereka atas prinsip yang kami terangkan ini bukan kerana hendak menrendah atau menghina wanita apatah lagi memenjarakan mereka, sama sekali tidak.
Setelah jelas bahawa perintah berpurdah bukanlah satu penghinaan maka perlu kami jelaskan di sini hukum sebenar berkenaan hukum berpurdah bagi muslimah kerana terdapat beberapa kaum anjing berjubah ulama yang mendakwa kononnya purdah adalah bidaah tidak ada dasarnya daripada Islam.
Ketahuilah bahawa berpurdah itu adalah Sunnah sabit dalam hadis-hadis yang sahih dan disepakati para Ulama Muslimin semenjak zaman Salaf Soleh lagi. Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h berkata:
“Hendaklah diketahui bahawa menutup wajah dan tapak tangan adalah berasal daripada sunnah dan telah diamalkan semenjak zaman baginda Nabi s.a.w seperti mana yang diisyaratkan baginda dalam sabdanya:
لا تنتقب المرأة المحرمة ولا تلبس القفازين
Maksudnya: “Janganlah wanita yang berihram memakai Niqab (purdah) dan janganlah memakai sarung tangan”. [Sahih]” [Jilbab al-Marah al-Muslimah, m.s 104, cet. Pertama al-Maktabah al-Islamiah].
Hadis yang didatangkan oleh Syeikh ini dikeluarkan oleh al-Bukhari hadis no. 1741 dan berkata Imam Ibn Taimiah r.h:
“Ini menunjukkan bahawa pemakaian purdah dan sarung tangan adalah dikenali (diamalkan) para wanita yang tidak berihram (di zaman Nabi s.a.w) dan ini menunjukkan mereka menutup wajah dan tapak tangan mereka”. [Ibid].
Daripada Aisyah r.a:
كان الركبان يمرون بنا ونحن مع رسول الله صلى الله عليه وسلم محرمات فإذا حاذوا بنا أسدلت إحدانا جلبابها من رأسها على وجهها فإذا جاوزونا كشفناه
Maksudnya: “Adalah penunggang-penunggang melalui kami sedangkan kami bersama dengan Rasulullah s.a.w dalam keadaan Ihram, apabila mereka melintasi kami maka setiap kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) akan melabuhkan jilbabnya daripada kepalanya ke atas wajahnya apabila mereka telah berlalu kami pun membukanya kembali”. [Ahmad dan dinilai Hasan li Ghairih oleh Syeikh al-Albani].
عن أسماء قالت : كنا نغطي وجوهنا من الرجال و كنا نمتشط قبل ذلك
Maksudnya: “Daripada Asma’ r.a kata beliau: ‘Adalah kami menutup wajah kami daripada lelaki dan kami menyikat rambut sebelum itu (Ihram)”. [Ibn Khuzaimah dan al-Hakim, hadis Sahih].
Para Ulama menyatakan, walaupun Nabi s.a.w melarang wanita berniqab (memakai purdah) dalam Ihram, namun mereka dibenarkan untuk menutup wajah dengan kain yang tidak bersentuh dengan kulit wajah mereka sama seperti lelaki berihram dilarang menutup kepala dengan serban atau kepiah tetapi boleh menutup dengan bumbung atau payung.
Ini menunjukkan menutup wajah dan tapak tangan dalam kalangan wanita Salaf al-Soleh adalah makruf dan diamalkan dan mereka berniqab di luar ihram. Ini jelas dalam hadis berikut:
عن صفية بنت شيبة عن عائشة أنها كانت تطوف بالبيت وهي منتقبة
Maksudnya: “Daripada Safiyyah binti Syaibah daripada Aisyah r.a adalah beliau bertawaf dalam keadaan memakai niqab (purdah)”. [Musannaf Abdul Razak].
Ini menunjukkan setelah bertahallul, para wanita muslimah akan memakai kembali niqab mereka dan sekaligus menunjukkan disyariatkan pemakaian niqab ini. Pemakaian Niqab ini berterusan dari generasi ke generasi sehinggalah datangnya penjajahan barat lalu dicabutnya Niqab melalui tangan Muhammad Abduh dan muridnya Qasim Amin serta kuncu-kuncu mereka yang bersubahat dengan kaum Iblis –alaihim minallahi ma yastahiq-.
Firman Allah Taala:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Ahzab: 59].
Saidina Ibn Abbas r.a berkata dalam mentafsirkan ayat ini:
“Allah Taala memerintahkan para wanita mukminah apabila mereka keluar daripada rumah mereka untuk sesuatu keperluan hendaklah mereka menutup wajah mereka daripada kepala dengan jilbab dan hanya menampakkan sebelah mata (untuk melihat)”. [Ibn Kasir, 6/ 481-482].
Dalam riwayat yang lain menyatakan cara menutup wajah adalah dengan melilitkan jilbab sehingga menutup dahi dan bahagian wajah dan menampakkan dua mata sahaja.[Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah al-Zuhaili, 22/109].
Oleh itu, dakwaan bahawa memakai purdah atau burqa atau apa sahaja yang menutup wajah wanita sebagai amalan bidaah adalah dakwaan bidaah yang menyesatkan serta pengingkaran terhadap syariat Islam yang mulia-nauzubillah min zalik- namun para Ulama Islam hanya berbeza pendapat apakah menutup wajah ini suatu perintah wajib atau mandub sahaja.
Perbezaan pendapat ini pula berlaku ketika aman daripada fitnah dan maksud fitnah di sini keadaan yang boleh menyebabkan berlakunya kemungkaran seperti tersebarnya lelaki-lelaki fasiq seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w sehingga turunnya perintah menutup wajah dalam ayat 59 surah al-Ahzab di atas. [al-Baghawi, 6/376].
Mazhab al-Hanafiah dan al-Malikiah secara umumnya berpendapat tidak wajib wanita menutup wajah dan kedua tapak tangannya sama ada dalam solat atau di luarnya kecuali dalam keadaan fitnah seperti di hadapan lelaki kafir atau lelaki muslim yang kaki maksiat. Jika dalam keadaan fitnah seperti ini maka wajiblah dia menutup wajah dan dua tapak tangannya.
Mazhab al-Syafiiah dan al-Hanabilah berpendapat wajah wanita wajib ditutup demikian juga dua tapak tangannya diluar solat yakni di hadapan lelaki ajnabi kerana fitnah adalah benda zanni dan tidak sama padanya setiap manusia dan keadaan. Maka wajah wanita itu sendiri merupakan illah untuk diwajibkan tutup. [Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 1/654-664, al-Fiqh ‘alal Mazahib al-Arba’ah, 1/198].
Hasil pemerhatian pendapat para Ulama Mazhab ini, kita dapati kaum muslimat yang berada di Perancis menurut kesepakatan mazhab-mazhab yang muktabar wajib memakai penutup wajah sama ada niqab atau burqa atau lainnya kerana mereka berada dalam suasana fitnah, dikelilingi lelaki kafir dan fasiq di merata ceruk negeri.
Sebagai penutup, saya menyeru kepada semua kaum muslimin dan muslimat di negara ini khasnya dan di seluruh dunia amnya supaya mencabar tindakan kejam rejim Nasrani Perancis ini dengan menggandakan usaha dakwah kepada pemakaian niqab dan menutupa aurat serta menggerakkan jentera untuk memerangi habis-habisan budaya ‘bertudung tetapi telanjang’ yang semakin menular dalam masyarakt Islam hari ini. Wallahua’lam.

Siapakah ulama yang benar-benar menjaga agama ini?

Penulis: Abu Soleh Mohd Safwan

Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama." (Fathir: 28)

Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "Katakanlah: Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" (Az-Zumar: 9)

Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui." (Al-Anbiya': 7)

Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyetakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Ali-Imran: 18)

Demikianlah kedudukan ulama diangkat, mereka merupakan orang-orang yang paling takut diantara manusia, mereka merupakan tempat pertanyaan bagi orang yang tidak mengetahui dan merekalah orang-orang yang mengenali Allah, nama-nama dan sifat-sifatNya, dan perbuatanNya sehingga membuat mereka paling takut dengan Allah.

Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan kecuali sebahagian kecil sahaja (di antara kamu)." (An-Nisa': 83)

Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Mujadalah: 11)

Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." (Thaha: 114)

Imam Ibn Hajar Al-'Asqalani rahimahullah berkata:

"Jelas maksudnya menunjukkan keutamaan ilmu, sebab Allah tidaklah memerintahkan NabiNya untuk meminta tambahan apa-apa selain ilmu. Yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah ilmu syar'i yang berguna untuk memperlihatkan apa yang wajib bagi seorang mukallaf berupa perintah agama dalam ibadah dan muamalatnya, serta ilmu tentang Allah dan sifatNya, juga apa yang wajib ditegakkannya berupa perintah dan mensucikanNya dari kekurangan. Itu semua berasaskan pada tafsir, hadis dan fiqh." (Fathul Bari 1/141)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berkata:

"Siapa yang Allah kehendaki baginya kebajikan maka Dia akan membuatnya faqih (mahir) tentang agama. Saya hanyalah Qasim (pembagi), Allah yang memberi. Serta senantiasa ada dari umat ini orang-orang yang tegak di atas perintah Allah tanpa memudaratkan mereka sesiapa yang menyelisihi mereka sampai datang keputusan Allah." (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Ibn Hajar rahimahullah berkata:

"Telah dipastikan bahawa mereka yang dimaksudkan ialah ulama atsar. Imam Ahmad berkata: Kalau mereka itu bukan ahli hadis, maka saya tidak tahu lagi siapa mereka." (Fathul Baari 1/164)

Beliau rahimahullah berkata lagi:

"Pemahaman yang dapat diambil dari hadis ini: Sesungguhnya siapa yang tidak faqih tentang agama Islam, ertinya tidak mempelajari asas-asas Islam dan cabang-cabangnya, maka dia telah diharamkan dari kebajikan. Abu Ya'la telah mengeluarkan hadis Mu'awiyah dari jalur lain yang dhaif (lemah), di mana dia tambahkan pada akhirnya:

"...Sedangkan sesiapa yang tidak mahu memahirkan di dalam agama, maka Allah tidak mempedulikannya."

Namun, maknanya benar kerana orang yang tidak mengetahui urusan agama bererti tidak faqih dan tidak pula mempelajari fiqh, maka benarlah jika dikatakan bahawa dia tidak dikehendaki mendapatkan kebajikan. Di sini ada penjelasan yang jelas tentang keutamaan tafaquh fiddin (memahirkan di dalam agama) di atas seluruh ilmu lainnya." (Fathul Baari 1/165)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Dihadapkan Nuh pada hari kiamat. Maka baginda ditanya: 'Apakah engkau telah menyampaikan (tugas kerasulan)?' Beliau menjawab: 'Ya wahai Tuhanku.' Lalu umatnya ditanya: 'Adakah dia telah menyampaikan kepada kalian?' Mereka menjawab: 'Tidak ada seorang pun pemberi peringatan yang datang kepada kami.' Maka dikatakan kepada Nuh: 'Siapakah saksimu?' (Nabi Nuh) menjawab: 'Muhammad dan umatnya.' Maka kalianpun dihadapkan dan memberikan persaksian.

Kemudian Rasulullah membaca:

Maksudnya: "Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) sebagai umat yang wasath (pertengahan) agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu." (Al-Baqarah: 143) (Hadis riwayat Bukhari)

Imam Ibn Hajar rahimahullah berkata:

"Al-Wasath ialah adil, sebagaimana telah lalu dalam tafsir surah Al-Baqarah. Kesimpulan isi ayat ini adalah penyebutan tentang nikmat pemberian hidayah dan keadilan. Adapun ucapannya 'dan apa yang diperintahkan...' kesesuaiannya dengan hadis tema ini tidak jelas. Sepertinya dari sudut sifat tersebut, yakni keadilan. Sebab ia meliputi semuanya berdasarkan zahir penyempaian yang mengisyaratkan bahawa ia merupakan sebuah keumuman yang diinginkan dengannya sesuatu yang khusus atau keumuman yang dikhususkan. Kerana orang jahil tidak termasuk orang-orang yang adil, tidak pula sebagai ahli bid'ah. Maka ketahuilah bahawa yang dimaksukan dengan sifat tersebut adalah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Merekalah ahli ilmu syar'i." (Fathul Baari 16/133)

Wahb bin Munabbih berkata: "Seorang faqih yang menjaga kesucian, zuhud dan komitmen kepada sunnah itulah pengikut para nabi di setiap zaman." (Al-Ibanah, Ibn Baththah, 1/201)

Sufyan bin 'Uyainah berkata: "Manusia yang paling utama kedudukannya di hari kiamat adalah yang menjadi perantara Allah dengan makhluknya." Maksudnya Rasulullah dan ulama. (Ibid 1/202)

Salamah bin Sa'id berkata: "Dahulu dikatakan ulama itu penerang semua zaman. Setiap ulama adalah lampu bagi zamannya. Penduduk masa itu mengambil cahaya dari dirinya. Dikatakan juga: Ulama menghapus tipu daya syaitan." (Ibid 1/203)

Imam Ibn Baththah Al-'Akbari berkata:

"Semoga Allah menjadikan kami dan kamu termasuk orang yang menghidupkan kebenaran dan sunnah serta mematikan kebatilan dan bid'ah, di mana penduduk masa itu mengambil cahaya dari pancaran ilmunya, serta dia mampu menguatkan hati para saudaranya yang beriman." (Ibid)

Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "Pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram." (Ali-Imran: 106)

Ibn 'Abbas radhiallahu 'anhuma berkata:

"Orang-orang yang putih berseri mukanya ialah Ahlus Sunnah wal Jamaah dan ulama, sedangkan orang-orang yang hitam muram wajahnya adalah ahli bid'ah dan dholal (kesesatan)." (Syarah Usul I'tiqad Ahlis Sunnah, Imam Al-Lalika'i 1/71)

Firman Allah Ta'ala:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan Ulil Amri di antara kamu." (An-Nisa: 59)

Ibn 'Abbas radhiallahu 'anhuma berkata tentang firman Allah '...dan ulil amri di antara kamu.':

"Yakni ahli fiqh, ahli dalam agama Islam dan orang-orang yang taat kepada Allah, orang-orang yang mengajarkan makna-makna agama kepada manusia, beramar makruf dan nahi mungkar, maka Allah mewajibkan para hamba untuk mentaati mereka." (Syarah Usul I'tiqad Ahlis Sunnah 1/73)

Ketahuilah sesungguhnya kebajikan dan kebahagiaan bergantung pada keberadaan ulama. Jika ulama-ulama telah pergi, maka akan tersebarlah kejahilan dan musibah. Maka akan berlakulah orang-orang jahil menjadi pemimpin kepada masyarakat yang jahil. Mereka ini sesat lagi menyesatkan.

Umar bin 'Abdul 'Aziz menulis surat kepada Abu Bakr bin Hazm:

"Lihatlah mana hadis rasulullah kemudian tulislah, kerana sesungguhnya saya bimbang hilangnya ilmu dan perginya ulama. Janganlah engkau menerima selain hadis Nabi dan sebarkanlah ilmu. Duduklah sehingga orang yang tidak tahu menjadi tahu, kerana sesungguhnya ilmu tidaklah terhapus sehingga ia (sebelumnya) berupa sesuatu yang rahsia." (Fathul Baari 1/194)

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan begitu sahaja dari para hamba. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan ulama. Sehingga ketikamana tidak tersisa lagi seorang alim, maka orang-orang pun mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpin. Mereka ditanya lalu mereka memberi fatwa. Mereka sesat lagi menyesatkan." (Hadis riwayat Bukhari)

Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anhuma berkata:

"Bagaimana kalian ketika kalian telah diselimuti dengan fitnah, yang di dalamnya orang dewasa hidup menjadi renta dan anak-anak hidup menjadi dewasa, sehingga manusia menjadikannya sebagai adat kebiasaan yang apabila diubah, maka mereka mengatakan: 'Adat diubah!' Orang-orang bertanya: 'Bilakah hal itu akan terjadi, wahai Abu Abdirrahman (gelaran Ibn Mas'ud)?" Ibn Mas'ud menjawab: 'Di saat semakin banyak para pembaca Al-Quran akan tetapi sedikit yang memahami, banyak pemimpin dan sedikit anak-anak kalian, lantas kalian mencari dunia dengan amalan akhirat." (Riwayat Al-Baihaqi dalam Al-Madkhal ila as-Sunan al-Kubra, ms. 453)

Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anhuma berkata:

"Wahai hamba Allah, apakah kalian tahu bagaimana Islam itu berkurang dari manusia? Mereka menjawab: 'Ya, sebagaimana lemak binatang ternak berkurangan, sebagaimana lunturnya warna pakaian dan sebagaimana duit menjadi hitam kerana lama disimpan.' Beliau berkata: 'Ini di antaranya. Namun lebih dari itu ialah pemergian ulama. Di suatu kawasan terdapat dua alim, satu meninggal maka hilanglah setengah ilmu mereka dan satu lagi meninggal maka hilanglah seluruh ilmu mereka. Pemergian ulama merupakan pemergian ilmu." (Ibid, ms. 454)

Abdullah bin Mas'ud radhiallahu 'anhuma berkata:

"Tidak datang kepada kalian satu hari yang baru melainkan ia lebih buruk daripada hari sebelumnya, begitulah sampai tegak hari kiamat. Saya tidak memaksudkan kemewahan hidup yang dimilikinya atau harta yang bernilai baginya. Akan tetapi, tidaklah datang kepada kalian hari yang baru melainkan hari itu lebih sedikit ilmunya daripada hari sebelumnya. Kalau ulama telah pergi maka manusiapun duduk terdiam, mereka tidak melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Ketika itulah mereka binasa."

Dari jalur Asy-Sya'bi, Ibn Mas'ud berkata: "Tidak datang kepada kalian masa yang baru melainkan dia lebih buruk daripada sebelumnya. Saya tidak maksudkan seorang pemimpin yang lebih baik dari pemimpin lainnya atau satu tahun yang lebih baik dari tahun lainnya. Akan tetapi ulama dan fuqaha kalian pergi lalu kalian tidak lagi mendapatkan pengganti mereka. Kemudian datanglah suatu kaum yang berfatwa dengan akal mereka semata-mata."

Dalam lafaz lain: "Itu bukanlah tentang banyaknya melimpah hujan atau sedikitnya, akan tetapi tentang pemergian ulama. Kemudian muncullah suatu kaum yang memberikan fatwa dalam semua perkara dengan akal mereka, sehingga dia merosakkan Islam dan merobohkannya." (Fathul Baari 13/21)

Fudhail bin 'Iyadh berkata: "Bagaimana engkau kalau engkau tetap hidup sampai suatu zaman yang saat itu engkau menyaksikan suatu kaum yang tidak dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan, tidak juga antara seorang yang beriman dengan yang kafir, tidak juga antara jahil dengan yang alim, tidak mengenal perkara makruf dan tidak mengenal yang mungkar."

Ibn Baththah memberi komentar di atas:

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Hal itu telah sampai kepada kita dan kita telah mendengarkannya, kita telah mengetahui kebanyakannya dan menyaksikannya. Andaikata seseorang yang telah Allah berikan baginya akal sihat dan pandangan tajam menatap dengan teliti, memikirkan baik-baik keadaan Islam dan umatnya, menilai umat berdasarkan metodologi yang lurus, maka tentu akan menjadi jelas baginya bahawa kebanyakan manusia telah berpaling dan menyimpang dari jalan yang terang dan hujjah yang benar.

Banyak manusia pada waktu ini telah berubah dengan memandang baik apa yang dahulu mereka pandang buruk, mereka menghalalkan apa yang dulunya mereka memandang haram, serta mereka telahpun mahu menerima apa yang tadinya mereka ingkari.

Ini -semoga Allah merahmatimu- bukanlah akhlak kaum muslimin dan bukan pula tindakan mereka yang benar-benar mengatahui agama Islam ini, serta mereka bukanlah ahli Iman dan yakin akan Islam." (Al-Ibanah 1/188)

Kita lihat apa yang dikatakan oleh Al-Imam Ibn Baththah Al-'Akbari terhadap apa yang dikatakan oleh Fudhail bin 'Iyadh radhiallahu 'anhu, iaitu di waktu itu telah pun berlaku manusia yang tidak dapat membezakan yang mana baik dan buruknya, yang mana benar dan batilnya, yang mana iman dan yang mana kufurnya dan begitulah seterusnya padahal Ibn Baththah berada di abad yang keempat. Bagaimana pula jika kita ukur dengan waktu kita pada hari ini? Sudah tentu lebih jauh hebat kejahilan yang dihadapi pada hari ini. Sungguh pada hari ini ramainya kelompok-kelompok Islam yang cuba menisbahkan diri mereka dengan kebenaran akan tetapi mereka yang sebenarnya jauh dari kebenaran.

Ibn Qutaibah rahimahullah berkata:

"Andaikata mereka mengembalikan apa yang tidak jelas dari Al-Quran dan As-Sunnah kepada ulama ahlinya, maka tentu akan jelas perkaranya bagi mereka dan penyelesaian akan lebih kelihatan luas. Akan tetapi yang menghalangi itu adalah mencari kedudukan, ingin mendapatkan pendokong, serta manusia itu laksana sekelompok burung yang sebahagiannya mengikuti sebahagian lainnya. Sekiranya muncul seorang mengaku sebagai nabi -padahal mereka sedar bahawa Rasulullah adalah penutup para nabi- atau mengaku sebagai Tuhan, nescaya kita akan melihat ada yang menjadi pengikut dan pendokongnya." (Takwil Mukhtalafi Hadis, ms. 43)

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:

"Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan di setiap masa kekosongan rasul, ulama-ulama yang tinggal mengajak menjauhi kesesatan kepada hidayah, bersabar menanggung gangguan. Mereka menghidupkan orang-orang mati dengan Kitabullah, menjadikan orang buta melihat dengan cahaya Allah. Sudah berapa banyak korban Iblis yang mereka selamatkan, berapa banyak orang sesat tak berharga yang memberi petunjuk.

Aduhai alangkah indah prestasi mereka untuk manusia tapi alangkah buruk balasan manusia kepada mereka. Mereka membersihkan Kitabullah dari perubahan orang-orang yang melampaui batas, muslihat ahli batil, dan takwil orang-orang yang jahil: Yakni orang-orang yang mengibarkan bendera bid’ah dan melepaskan ikatan fitnah. Mereka itu berselisih tentang Al-Quran, menyelisihi Al-Quran, dan bersepakat untuk meninggalkan Al-Quran. Mereka mengatakan terhadap Allah, tentang Allah, dan tentang Kitabullah tanpa ilmu. Mereka berbicara dengan ayat mutasyabih (samar-samar) dan menipu orang bodoh dengan kesamaran itu. Kita berlindung kepada Allah dari fitnah orang-orang yang menyesatkan.” (Ar-Radd ‘Ala Az-Zanadiqah wal Jahmiyah, ms. 6)

Asy-Syaikh ‘Abdullah bin Shalfiq Azh-Zhufairi berkata:

“Maka ulama rabbani sebagaimana yang disifatkan oleh Al-Ashbahani -ringkasnya- adalah orang-orang yang alim tentang syariat Islam, mengikuti Sunnah, dan beragama kepada Allah dengan Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan pemahaman salafus soleh.

Adapun ahli kalam, mereka itu bukan ulama semisal dengan mereka di zaman kita ini adala orang-orang yang mendapat gelaran cendikiawan muslim, pemikir, ahli waqi’ (realiti), atau politik. Maka bagaimana kita akan merasa aman terhadap agama dan aqidah kita di saat kita berpegang kepada orang yang seperti mereka itu atau kita membawa para pemuda dan orang-orang kepada mereka?

Kemudian orang yang mengetahui sejarah umat Islam sejak terbitnya fajar Islam, anak jelas kelihatan baginya bagaimana Allah menjaga agama-Nya setelah pemergian Nabi, ulama Ahli Sunnah dan Ahli Hadis.

Merekalah yang melakukan perjalanan dari satu negeri ke negari lainnya untuk mengumpulkan hadis Rasulullah kemudian membukukannya dalam lembaran-lembaran dengan berbagai-bagai ragam seperti Musnad, Majma’, Mushannaf, Sunan, Muwatto’, kitab-kitab Zawa’id, dan Mu’jam. Mereka menjaga hadis-hadis Rasulullah dari pemalsuan para pemalsu dan kebohongan dari para pembohong, membezakan antara yang sahih dengan yang cacat. Mereka meletakkan kaedah-kaedah hadis, yang dengannya dapat dibezakan antara hadis yang dapat diterima atau ditolak dan dengannya para perawi dapat dikenalpasti. Mereka tuliskan nama-nama orang yang tsiqah, dhaif, atau pemalsu. Mereka menukilkan pemerhatian para imam jarah wat ta’dil (cercaan dan pujian) tentang orang-orang itu. Bahkan mereka menyendirikan riwayat satu orang rawi; riwayat penduduk Syam, penduduk ‘Iraq, penduduk Hijaz, riwayat seseorang sebelum pemikirannya kacau dan sesuadahnya dan seterusnya.

Sesungguhnya orang-orang yang mengetahui ilmu ini, pembahagian, jenis, dan kitab-kitab yang menuliskan tentangnya, tentu akan merasa kagum melihat betapa besar bantuan mereka terhadap hadis Nabi.

Mereka pulalah yang berdiri tegak menjelaskn aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dengan semua babnya, membantah ahli bid’ah dan penyimpang, memperingatan dari ahlul ahwa dan bid’ah, melarang duduk dan berbicara dengan mereka, tidak membalas salam mereka. Bahkan mereka melarang menikah dengannya sebagai penyandaran bagi dia dan orang-orang sepertinya. Mereka menulis karangan yang sangat banyak tentang ini (berkenaan sikap ahli sunnah terhadap ahli bid’ah).

Merekalah yang banyak bergerak mengumpulkan hadis-hadis dan atsar untuk mentafsirkan Al-Quran seperti Tafsir Abi Hatim, Ash-Shan’ani, An-Nasai. Dan diantara mereka ada yang mentafsirkan Al-Quran secara sempurna, seperti Tafsir At-Thabari, Ibn Katsir, dan lainnya. Mereka meletakkan kaedah-kaedah penafsiran Al-Quran, serta membezakan antara tafsir dengan atsar dan antara tafsir dengan rakyi (akal).

Merekalah yang menyusun kitab fiqh lantas menulis kesemua babnya, membahas permasalahannya, menjelaskan hukum syariat yang berhubungan dengan amalan disertai dalil-dalilnya dengan terperinci dari Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak dan Qias. Mereka meletakkan kaedah-kaedah fiqh yang menggabungkan persoalan furu’ (cabang) yang banyak namun disatukan oleh satu ‘illah (sebab). Mereka meletakkan usul fiqh yang menjadi dasar penimbang hukum furu’ syariat.

Merekalah yang menulis tentang sirah, tarikh, adab, zuhud, pelembut hati, bahasa, nahu dan selainnya dalam bidang yang sangat banyak.

Ulama itu pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, namun hanyalah mewariskan ilmu. Ulama Ahlus Sunnah telah mendapatkan jatah yang paling sempurna dari ilmu tersebut. Mereka mengumpulkan ilmu, menjelaskan agama kepada manusia, membela sunnah dan aqidah yang murni untuk umat. Mereka itu seperti Ahmad bin Hanbal, Ad-Darimi, Al-Bukhari, Muslim Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Malik bin Anas, Sufyan ats-Tsauri, ‘Ali bin AlMadini, Yahya bin Sa’id Al-Qahthan, Asy-Syafi’i, ‘Abdullah bin Al-Mubarak, ‘Abdurrahaman bin Mahdi, Ibn Khuzaimah, Ad-Daruqutni, Ibn Qudamah Al-Maqdisi, Ibn Abdil Barr, Al-Khatib Al-Baghdadi, dan banyak lagi.

Demikian juga orang-orang yang menelusuri jejak para ulama itu seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah beserta murid-muridnya: Aibnul Qayyim, Adz-Dzahabi, dan Ibn ‘Abdil Hadi, yang telah mengarang banyak sekali kitab yang bermutu, membela aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah, menerangkan agama Islam yang sahih disertai dalil-dalilnya yang tegas dan bukti memuaskan.

Sampai sekarang ni, para penuntut ilmu masih menuntut ilmu fiqh melalui kitab-kitab mereka ini dan mengambil darinya. Bahkan sekalipun dipelbagai universiti dan majlis ta’lim. Semuanya menjadikan karangan para ulama tersebut sebagai silibus pembelajaran.

Demikian pula orang-orang yang berjalan mengikuti manhaj mereka, seperti Mujaddid Dakwah Tauhid Syeikhul Islam Muhammad bin Abdul Wahab, anak-anak dan para ulama Najd, murid-muridnya beserta orang-orang yang menempuh jalan yang sama dari para ulama dunia Islam, seperti Asy-Syaukani, Ash-Shan’ani, ulama India, ulama Mesir (Muhibuddin Al-Khatib, Ahmad Syakir, Muhammad Hamid Al-Faqi), ulama Sudan, Maghribi dan Syam. Semuanya bangkit menyebarkan hadis dan aqidah salafiyah di masing-masing negeri mereka...

Di antara ulama kotemporari kita -sebagai contoh, tidak meliputi kesemuanya-:

1 - Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz, Bekas Mufti Kerajaan Arab Saudi.
2 - syeikh Muhaddis Muhammad Nasiruddin Al-Albani.
3 - Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah ‘Alu Asy-Syaikh.
4 - Syeikh Shalih Al-Athram.
5 - Syeikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin.
6 - Syeikh Shalih Al-Fauzan
7 - Syeikh Abdullah Al-Ghadayyan.
8 - Syeikh Al-Luhaidan.
9 - Syeikh ‘Abdurrazzaq ‘Afifi
10 - Syeikh At-Tuwaijiri.
11 - Syeikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad.
12 - Syeikh Hammad Al-Anshari.
13 - Syeikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali.
14 - Syeikh Muhammad Aman Al-Jami.
15 - Syeikh Ahmad Yahya An-Najmi.
16 - Syeikh Zaid bin Muhammad Hadi Al-Madkhali.
17 - Syeikh Shalih As-Suhaimi.
18 - Syeikh Shalih Al-‘Abud, dan para ulama negeri Islam lainnya.

Kita memohon kepada Allah Dat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri untuk selalu menjaga mereka yang masih hidup dan merahmati yang telah meninggal, memberi kita taufiq agar dapat menempuh jalan mereka, serta mengumpulkan kita dan mereka bersama Nabi Muhammad contoh teladan kita di dalam Firdaus tertinggi.” (Dinukil dari ‘Hujah Atas Pengekor Hawa & Pengkhianat Sunnah, Asy-Syeikh ‘Abdullah bin Shalfiq Azh-Zufairi, Pustaka Al-Haura, ms. 104-111. Judul Aslinya: Sillu As-Suyuf wa Al-Alsinah ‘ala Ahli Al-Ahwa wa Ad’iya As-Sunnah.)

sumber :   http://al-muwahhidun.blogspot.com/2009/07/siapakah-ulama-yang-benar-benar-menjaga.html

Saturday, 9 July 2011

Perbaiki Niatmu..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dikala keheningan pagi...aku mula merenung diri bagaimana untuk urusan dunia, kepayahan kekalutan..Bagaimana pula ibadahku,urusanku dengan robbku..Pernah kah aku memaksa diri..membangunkan diri seawal waktu agar tak terlepas temujanji bersamanya..Ya robb!!.. jauh sekali aku kira...

Sama-samalah kita ingat mengingati untuk memperbaiki diri, memperbaiki ibadah sehari-hari, firman Allah subahana wataala:"tolong menolonglah kamu dalam kesabaran dan kasih sayang" (al-Balad 17)  dan firman Allah azza wajalla: "tolong menolonglah kamu dalam kebenaran dan tolong-menolong dalam kesabaran" (Surah al-Asr: 3)

Maka tidak selayaknya kita sebagai manusia melalaikan perintah untuk saling mengigati...jauh disudut hatiku mengharapkan dorongan dan ingatan ini selalu saja meniti di bibir suami agar aku sang isteri merasa puas dan selalu teringatkan.Masakan tidak, dialah suami tempat aku berkongsi suka duka,sudah selayaknya ayat ini dipraktikkan dalam keluarga agar bahtera yang di bawa tidak karam di lautan kealpaan.

Perhatikan pula wahai sang isteri, firman Allahu ta'ala:"Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan petang hari,sedangkan mereka menghendaki keridaanNya."(Al-An'am:52)

Umar bin al-Khattab radiallahu anhu mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Amal perbuatan itu tergantung pada niatnya dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya.Barang siapa berhijrah hanya kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu menuju Allah dan Rasul-Nya.Barang siapa hijrahnya kerana dunia yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi maka hijrahnya itu menuju apa yang diinginkan."Hadis Riwayat Bukhari

Abu Musa meriwayatkan bahawa seseorang datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata,"Wahai Rasulullah,apa pendapatmu tentang seseorang yang berperang hanya kerana keberanianya dan seseorang berperang kerana fanatisme golongan,serta seseorang berperang kerana riya'?Siapakah di antara mereka masuk kategori fi sabilillah? Rasulullah s.a.w menjawab:

"Barang siapa berperang dengan niat untuk menegakkan kalimat Allah yang tinggi (Islam),itulah yang dinamakan fi sabilillah"Hadis Riwayat Bukhari

Petikan2 ini aku salin semula dari buku Intisari Minhajul Qashidin Imam Ibnu Qudamah sebagai renungan kita dalam menilai niat amal perbuatan sehari-hari,ada baiknya pula kita merenung perbuatan kita, adakah ikhlas keran Allah ta'ala atau kerana riya ujub sombong dan sebagainya.Firman Allahu ta'ala "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama." (al-Bayyinah:5)

Dan firmaNYa "Ingatlah hanya kepunyaan Allah lah agama yang bersih.. (dari syirik)"( az-Zumar:3)

Dan Sabda Rasul:"Sesungguhnya,Allah tidak melihat jasad dan bentuk fisikal kalian,akan tetapi Dia melihat hati dan amal perbuatan kalian"Hadis Riwayat Muslim

Kata Ibnu qudamah "Ingatlah bahawa segala sesuatu berpotensi tercampur dengan lainya,jika ia bebas dari campuran, maka ia disebut ikhlas (murni).Ikhlas adalah lawan kata menyekutukan.Kerana itu,barang siapa tidak ikhlas maka ia musyrik.Hanya saja syirik itu memiliki tingkatan seperti halnya Ikhlas.

Kita lanjutkan lagi katanya,Ikhlas dalam Tuahid adalah lawan kata menyekutukan Allah,yaitulah Syirik akbar (besar) dan syirik jaly (jelas).Adapun syirik ashgar (kecil) adalah seperti riya',yaitu syirik khafy (samar).Riya juga ada yang jaly dan khafy.

Riya jaly adalah riya' yang mendorong pada dasar amalan dan menjadi motifnya.Seandainya tidak ada tujuan riya' maka ia tidak beramal.Itulah riya' terhadap dasar ibadah yang dapat merusak amal dan menghapuskan pahala,meskipun ia juga menyertainya dengan niat mendapat pahala.

Sedangkan riya' khafy adalah seseorang beribadah bukan kerana ingin dilihat orang lain,tapi hal itu menjadi pendorong baginya untuk rajin dan semangat,atau mempegaruhi praktik ibadahnya seperti memanjangkan solat dan memperbaikinya agar dipuji orang lain.Dalam hal ini,orang tersebut diberi balasan pahala kerana niatnya yang benar dan mendapat siksa kerana niatnya yang rusak sesuai kadar kekuatan motifnya.

Riya' khafy yang lebih samar dari hal di atas adalah merasa senang kerana orang lain melihat amalanya.Termasuk riya' yang lebih samar lagi adalah seseorang tidak senang kerana orang lain melihat ibadahnya,namun ia senang orang-orang menghormatinya kerana ketaatanya,seolah-olah ia memperolehi pahala dari orang-orang.Kedua macam riya' ini dapat mengurangi pahala amal dan tidak menghapus pahalanya.

kesimpulanya,selagi orang yang beramal membezakan antara persaksian manusia dan binatang saat beramal dan keberadaan ibadah tersebut tidak seperti ketiadaanya dalam hal yang berkaitan dengan makhluk maka semua itu belum boleh dikatakan murni ikhlasnya kerana didalamnya terdapat campuran riya'.Intisari Minhajul Qosidin Ibnu Qudamah m/s19-20

Katanya lagi.."Tidak ada yang selamat dari riya' khafy selain orang yang tajam mata hatinya dan beruntung dengan perlindungan Allah dan pertolongan-Nya...."

Lagi katanya,"Orang-orang Ikhlas senantiasa takut pada riya' khafy.Mereka bersungguh-sungguh dalam menyembunyikan amal soleh mereka melebihi kesungguhan orang-orang dalam menyembunyikan amal buruk mereka.Mereka berharap agar amal mereka ikhlas kerana Allah sehingga kelak hari kiamat Allah membalas keikhlasan mereka..."

Begitulah serba sedikit mengenai riya, lawan daripada ikhlas...dan yang ingin aku kaitkan disini adalah berkenaan kita para isteri, apabila melakukan amal, kemudian memikirkan amal orang lain yang sedikit..adakah ini berupa kesombongan atau riya'nya kita??, kerana merasakan lebih dari orang lain, lebih dari si suami!,lebih dari mertua,ipar,adik-beradik dan kawan-kawan barangkali.Ketahuilah sang isteri..Allah memberikan tempat yang mulia bagi kaum wanita untuk menetap di rumah, menguruskan hal suami dan anak-anak,menjaga keperluan dan tsabat(kekal) menasihati dan mendorong suami yang penat lelahnya memikul tanggungjawabnya untuk menyara anak bininya.Maka, disinilah tugas kita para isteri,inilah jihad utama kita,taat dan patuh kepada suami dan menasihati,mendorongi mereka tatkala lemah(dengar>http://vimeo.com/20320706).Semoga Allah memberikan balasan atas setiap sesuatu yang ikhlas kita kerjakan untuk mendapatkan keredaan suami, dalam rangka meraih keredaan Allah azza wajalla.

Akhir kata mari kita lihat sambungan kata-kata imam ibnu qudamah, memperkatakan terapi atau ubat bagi penyakit riya' ini..

"Di antara terapi yang dapat mewujudkan ikhlas dan selamat dari riya' dan penyakit hati lainya adalah dengan membaca zikir,membaca tasbih,tahlil,zikir dan doa,serta adab-adab syariat yang lainya"

Bagaimana pula hendak berzikir?...ia bukanlah dengan mengikut sesuka hati, bagai mebaca jampi serapah yang xdifahami dan tidak diketahui asal usulnya,bahkan, carilah zikir serta doa-doa yang benar datangnya dari nabi,seperti nasihat Imam Ibnu Qudamah sendiri dalam sambungan kata-katanya tadi,menasihati kita agar memiliki buku Al-Adzkar karya Imam Nawawi rahimahullah.Seperti kata orang salaf terdahulu,"Juallah rumah dan belilah Al-Adzkar" ,menunjukkan betapa kepentinganya.Ia merupakan perhiasan bagi orang-orang yang baik, dan simbol orang-orang pilihan.Baca dan pelajarilah kitab tersebut kata Ibnu Qudamah.

Aku kira satu penjelasan dan nasihat yang lengkap dari Imam Ibnu Qudamah mengenai niat dan ikhlas,alhamdulillah dipertemukan buku ini,terima kasih juga kepada suami kerana selalu saja membelikan buku yang menyentuh hati dan jiwa..pasti Allah memberikanmu ganjaran yang setimpal suamiku..seperti sabda Nabi:"Siapa melakukan satu kebaikan,dan kebaikan itu diikuti orang lain,maka ia dapat ganjaran terhadap apa yang dia lakukan dan ganjaran terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa ada sebarang kekurangan.Manakala sesiapa yang melakukan keburukan dan keburukan itu diikuti oleh orang lain maka ia mendapat ganjaran terhadap apa yang dia buat dan ganjaran terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa sebarang kekurangan"Hadis Riwayat at-Tirmizi

Semoga coretanku dipagi hari ini memberikan aku,orang yang pertama-tama sepatutnya mendapat petunjuk dari bicara ini kemudian mengharap pada yang lain juga .semoga Allah memperbaiki keadaan kita, para isteri dan sabar dalam mentaati Allah dan RasulNya..wallahu ta'ala a'lam minna...Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More